Assalamualaikum & holaa guys and girls!!!
WOW!! It had been a year since i last posting in this blog of mine..Apepon,pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu.Tanpa aku sedar, setahun berlalu dengan begitu pantas dan aku pun bakal menamatkan pengajian tak sampai setahun pon lagi..ermmm..yup,lagi 8 bulan lebih je lagi aku akan memasuki alam pekerjaan...PERASAAN??Risau,takut,cemas,gembira,sedih...semua bercampur baur.
Anyway,dalam setahun aku tak menulis blog ni macam2 peristiwa menarik yang berlaku sama ada terhadap negara kita mahupun diri aku sendiri.Walaupun banyak,tapi aku akan cube jugak kongsikan pengalaman yang aku lalui selama setahun ni degan korang ;)
So, for this entry,sebagai pembukaan semula entry,aku cume nak share tempat2 makanan menarik yang aku dah try sepanjang tahun lalu..hahaha..sesuaila dengan nama entry kali ni kan... FOODPORN!!haha..kecanggihan telefon pintar masakini menyebabkan aku pon turut terjebak dalam gejala foodporn ni..mengambil gambar makanan terlebih dahulu sebelum makan menjadi tabiat terbaru aku..LOL..nak share semua macam tak larat jek..hehe..aku share mane yang mampu jela k...
1. SUBWAY
yup, rasenye ramai yang tau restoran franchise yang menjual sandwich segar beraneka jenis ni kan. Restoran yang berasal dari USA ni mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan beberapa tahun yang lalu.Dengan memperkenalkan konsep sandwich pilihan sendiri, pembeli dapat memilih sendiri jenis roti, isi, sayur-sayuran dan sos yang ingin diletakkan dalam sandwich tersebut. Ini yang paling menarik tentang subway,pembeli mempunyai lebih pilihan mengikut citarasa masing-masing.
Malah,sayur-sayuran yang disediakan semuanya segar bugar belaka...pilihan sos yang pelbagai selain mayonis dan sos cili,termasuklah BBQ, custard dan macam2 lagilah..Yang pasti Subway menawarkan sandwich yang 'sempurna' untuk anda...
Cuma ape yang macam tak bestnye ialah kat Malaysia ni apa yang aku perasan ialah sos yang diletakkan sangatlah kedekut tahap ketujuh..haha...yela,satu line sos je yang diletakkan bagi setiap sos pilihan,maksudnye dalam sandwich yang besar tu cume ade 3 line sos sahaja..jadi bile makan memang tak rata and x raselah sosnya...Aku ingat lagi kali pertama aku makan subway adelah di New Zealand..Sandwich Subway kat sane sosnye melimpah ruah..barulah UMPPHHH!!..hehe
2.GELATO FRUITY
Gelato Fruity ni adalah kedai franchise menjual aiskrim gelato berasaskan buah-buahan.Aku pergi cawangan di Mid-Valley Megamall....and jangan bimbang,walaupun menggunakan gelatin,tak bermaksud yang aiskrim ni haram...Gelato Fruity mempunyai cop halal yang sah.jadi jangan ragu-ragu ye..huhu..bagi aku personally, Gelato Fruity lebih berbaloi dan lebih sedap berbanding baskin robin..Due2 pernah aku makan dan pilihan aku semestinya Gelato Fruity.Dengan harganye yang jauh lagi rendah berbanding Baskin,perisa buah-buahan asli n segar memang memikat hati.Terserlah rase buah-buahan yang digunakan dalam aiskrim dorang ni..memamg THORRBAEKK!!
Cume yang kurang best ialah harga adalah mengikut berat,tapi pekerja dorang yang isikan aiskrim so agak tak masuk akal lah harga mengikut berat..tapi apepon harganya lebih kurang tutti fruity je :)
3. MILANO CAFE,KLCC
Bile tengok makanan ni,western food,waffel buah-buahan with aiskrim coklat,tambahan lagi lokasinya yang berada di KLCC, mesti korang ingat harganya mahal atau puluh-puluh kan..tetttttt!!!haha..Milano Cafe ni bertempat di Food Court Suria KLCC dan menjual pelbagai jenis spaghetthi,carbonara,bolognaise dan waffel yang cukup lazat.Percayakah anda kalau aku kate yang total harga due2 makanan yang aku makan ni tak sampai RM15 pon..haaaaa...amacam???terbaekkk kan...macam2 adooo!! :)
So far,sampai disini jelah perkongsian aku untuk entry kali ni.Next time aku share lagi macam2 benda ok dengan korang.. see yaaahhh!! :)




No comments:
Post a Comment